Nama : Siti Zaharah Binti Isnan
No I/C : 730917-10-5504
No Matrik : PPG/BM/03/00730/2012/2/KIC
No Matrik : PPG/BM/03/00730/2012/2/KIC
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Dalam blog ini saya akan
mengetengahkan berkenaan matapelajaran Matematik Prasekolah. Matematik berasal
dari ‘máthēma’ yang bermaksud mempelajari , menimba, sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna
yang lebih sempit dan lebih teknikal. Didefinisikan sebagai pembelajaran
atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata
lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Satu cabang ilmu pengetahuan
yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam
sekeliling atau cakerawala.
Matematik merupakan satu sistem
logik yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa matematik yang
tersendiri daripada simbol, hukum atau operasinya. Ianya dilahirkan
daripada kehendak atau keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Contoh
pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang
memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman
berkenaan pemikiran kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment