Tuesday 23 October 2012

PENGENALAN


Nama : Siti Zaharah Binti Isnan
No I/C : 730917-10-5504
No Matrik : PPG/BM/03/00730/2012/2/KIC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Dalam blog ini saya akan mengetengahkan berkenaan matapelajaran Matematik Prasekolah. Matematik berasal dari ‘máthēma’ yang bermaksud mempelajari menimbasains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal. Didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling atau cakerawala.

Matematik merupakan satu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri daripada simbol, hukum atau operasinya. Ianya dilahirkan daripada kehendak atau keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.